Tuesday, February 15, 2011

Apa itu jodoh....?

       Bagiku....jodoh itu sesuatu yang paling sukar ditentukan..... setelah diimbas dan didalami ilmu mengenainya,bagiku...ianya terlalu sukar....berdasarkan kepada huraian-huraian yang telah dibuat oleh kumpulan bijak pandai, pencarian jodoh itu telah dipersetujui dengan berlandaskan kepada beberapa ciri-ciri, iaitu ;


  • Kuat agama
  • Bijak
  • Penyabar
  • yang mampu melindungi kita
  • menghormati kita
  • baik keturunannya
  • dari golongan berketurunan ramai
  • cantik rupa parasnya
  • berharta,tetapi tidak pula dijadikan keutamaan
  • sempurna pancaindera

Akan tetapi, pada sudut pandanganku, kenapa jodoh itu terlalu sukar untuk ditafsirkan...Sebagai contoh, (Yang mampu melindungi kita )....Jika kita lihat hari ini, berapa ramai lelaki yang menjaga kenalan wanitanya tanpa perlu menyentuh walau sebesar zarah sekalipun wanita tersebut?....Aku tertanya-tanya persoalan ini..Sedangkan beliau suatu hari nanti bakal bergelar pemimpin kepada wanita tersebut....Bagaimana wanita tersebut akan meletakkan titik hormat pada lelaki tersebut sedangkan dirinya tidak pula dihormati...Lalu menitis butir-butir jernih dipipiku.....
         Ya Allah begitu besar cubaan yang Engkau datangkan buat manusia sekalian alam.....Terasa diri ini terlalu kerdil....Hermmmm aku terfikir sejenak.....mengapa ada yang masih bersendirian...sehinggalah ada segolongan wanita diluar sana lebih mementingkan kerjaya berbanding memikirkan persoalan mengenai jodoh....
          Teringat kisah mengenai seorang wanita tabah..."RABIATUL ADAWIYAH"....wanita yang mengabdikan dirinya dan cintanya hanya untuk Yang Maha Pencipta...




Siapa itu Rabiatul adawiyah....
      Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah...Beliau tergolong sebagai wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran Kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan. Di suatu malam ayahnya bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar..."

Kita hayati...Doa-doa Rabiatul Adawiyah....

Apa saja yang akan Kau kurniakan kepadaku
berkenaan dunia
berikanlah kepada mereka yang memburunya

Dan apa saja kebaikan yang akan Kau kurniakan kepadaku
berkenaan akhirat
berikanlah kepada hambaMu yang beriman
kerana aku hanya mahukan kasihMu Tuhan

Wahai Allah..
jika aku beribadah
kerana syurgaMu..
janganlah Engkau masukkan aku ke dalam Syurga

Andainya aku beribadah
kerana takutkan nerakaMu
maka lemparkankah aku ke dalamnya

Tetapi Wahai Tuhanku
jika aku beribadah kerana inginkan keredhaanMu
maka janganlah Engkau sia-siakan daku

Mari kita teliti pula ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian malam di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah...



  • "Ya Allah, Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan engkau"
  • "Ya Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku dihadapanMu."
  • "Ya Tuhanku! tidak kudengar suara bintang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keesaanMu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamaiMu."
  • "Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik masyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapanMu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepadaMu."

Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti :

    "Wahai Tuhanku! malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri... Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku akan diberikan takziah ? Demi kemuliaanMu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaanMu, jika engkau menghalauku daripada pintu-pintuMu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepadaMu"



Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan :

      " Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. adapun aku tiada mempunyai pilihan bagi diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan dibawah perintahNya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun"




Antara syairnya yang masyhur berbunyi ;

      "Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun"




Rabi'ah telah membentuk satu cara luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan kepada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya ;

      "Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintaiMu dan lisan yang menyebutMu dan hamba yang takut kepadaMu ?"




Kecintaan Rabi'ah kepada Allah melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata,

     "Jika aku menyembahMu kerana takur daripada api nerakaMu maka bakarlah aku didalamnya! dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku padaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia".


Begitulah kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepadaNya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredhainya...Allahhummaameen....


Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula...Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah swt di dalam Suran Al-Imran ayat 142 yang bermaksud:

   " Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di amalanmu dan belum nyata orang yang sabar"

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini ;


     "Ya Allah ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. hanya kasihMu yang abadi dan hanya hidup disisiMu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."



Lalu butir-butir jernih kembali membasahi pipiku...Ya Allah ternyata begitu kerdil diriku....aku mohon padaMu agar Engkau anugerahkan aku seseorang yang mampu mengukuhkan imanku padaMu...jika dia telah pergi buat selamanya, maka teguhkanlah hatiku kepadaMu walau tanpa kehadiran insan yang akan membimbingku...Allahhummaameenn....

    3 comments:

    1. berusaha untuk buat yang terbaik...kerana segalanya telah ditentukan Ilahi....tidak perlu terburu-buru dalam mengejar cinta duniawi....

      ReplyDelete
    2. terima kasih saudari atas perkongsian saudari...

      ReplyDelete
    3. thnx ats perkongsian yg berguna ini~

      ReplyDelete