Saturday, February 12, 2011

Pengiraan Waktu Subur...

        Assalamualaikum w.b.t. hari ini saya akan mengongsikan tentang pengiraan waktu subur seorang wanita berdasarkan kitaran haid yang dialami oleh beliau.Haid, datang bulan, datang uzur, atau period adalah sebutan sinonim kepada proses pengeluaran darah kotor dari tubuh seorang wanita.Setiap wanita dilahirkan dengan jangka masa kitaran haid yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, pengiraan waktu suburnya juga adalah berbeza berdasarkan jangka masa kitaran haid beliau dari hari pertama period bulan ini sehingga ke hari pertama period bulan seterusnya.



Gambar rajah : Sistem pembiakan wanita


         Oleh itu,sesiapa yang ingin menentukan waktu suburnya,haruslah mempunyai rekod kitaran period beliau sekurang-kurangnya 4 rekod kitaran untuk menentukan jangka masa yang lebih tepat. Jom sama-sama kita lihat contoh kitaran di bawah;




Bulan
Hari pertama period (X)
Jangka masa dari (X) sehingga period bulan seterusnya *
Januari
16
28
Febuari
12
29
Mac
12
28
April
8
28
Mei
-
-
Jun
4
-



    * Jangka masa dari (X) sehingga period bulan seterusnya  : 16 Jan - 12 Feb = 28 Hari
                                                                                      : 12 Feb12 Mac = 29 Hari

          ( Dapat diberi kesimpulan bahawa kitaran haid wanita ini adalah 28 hari )



Gambar rajah : Persenyawaan 


        Berdasarkan kiraan di atas, kita akan dapat menentukan bilakah waktu subur bagi wanita itu pada bulan Jun, dengan melakukan pengiraan seperti di bawah ;

Bulan
Hari pertama period (X)
Setelah ditolak 14 hari
Jun
4
31 – 14 = 18
Julai
31
-



( Maka dengan ini disimpulkan bahawa waktu subur wanita itu pada bulan Jun adalah pada 18 Jun )






NOTE : Jangka masa kitaran haid seseorang wanita akan semakin bertambah mengikut kadar pertambahan umur wanita tersebut. Ini adalah disebabkan perubahan hormon wanita apabila usia semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment